Semasa

FDA benar penggunaan dos penggalak kepada individu 65 tahun ke atas

SILVER SPRING : Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) memberi kelulusan penggunaan dos penggalak vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech.

Walau bagaimanapun, pemberian vaksin itu khusus bagi warga emas berusia 65 ke atas dan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan, termasuk mempunyai penyakit kronik serta pekerja di sektor berisiko.

Dos penggalak itu akan diberikan sekurang-kurangnya enam bulan selepas melengkapkan dos kedua vaksin.

Panel penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dijangka membuat penguandian untuk beri kebenaran penggunaan dos penggalak pada Khamis.

Namun ia masih menunggu kebenaran daripada FDA dan CDC kerana tiada bukti kukuh menunjukkan keperluan dos penggalak itu.

FDA setakat ini hanya membenarkan penggunaannya bagi individu rentan dan menolak permohonan penggunaan secara meluas.

Satu lagi pengeluar vaksin, Johnson & Johnson pula dilaporkan berkata suntikan kedua vaksin Covid-19 dapat meningkatkan keberkesanannya terhadap simptom sederhana dan teruk.

Sementara itu, data daripada vaksin vaksin Moderna pula masih dirangka.

AS pula sudah memberi suntikan dos penggalak kepada individu yang mempunya masalah imun dan lebih 2 juta orang sudah menerima suntikan ketiga itu.

-AGENSI

 

 

Related Articles

Back to top button