DomestikSemasa

Pelajar USIM teruja sertai gerak kerja program MAPIM

Oleh : Aktivis Sukarelawan Pegawai Tugas Khas MAPIM, Fazli Othman

NILAI : Seramai 20 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Program Pengurusan Dan Pelancongan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjadi sukarelawan bagi gerak kerja program Ihya’ Ramadhan di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada 10 April yang lalu.

Tujuan utama libat sama ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar dalam program kesukarelawanan di samping mengeratkan hubungan sesama pelajar serta meningkatkan semangat berpasukan dan tolong-menolong dalam diri pelajar.

Tambahan pula, mereka yang terlibat ini  adalah generasi pertama dalam jurusan yang diambil.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah penyediaan dan serahan 2000 pek bubur lambuk bersama ahli jawatan kuasa masjid serta agihan 500 pek juadah iftar percuma oleh MAPIM Mobile Kitchen kepada jemaah yang hadir.

Selain itu, pelajar juga berpeluang melihat sendiri operasi MAIWP-MAPIM Mobile Clinic yang menyediakan pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubatan secara percuma.

Seterusnya, sebelum pulang para sukarelawan turut terlibat mengagihkan 400 Naskah Al-Quran secara percuma kepada para jemaah yang berjaya melengkapkan solat terawih 20 rakaat.

“Saya berasa sangat teruja dan gembira ketika dapat menyertai sukarelawan bagi program Ihya’ Ramadhan MAPIM.

Bagi saya, program sebegini perlu diperbanyakkan lagi kerana para pelajar dapat mengambil pengalaman sebanyak mungkin serta dapat melatih diri untuk bekerja dalam berkumpulan dan dapat bergaul dengan orang ramai di samping dapat memanfaatkan masa terluang pada hujung minggu,” ujar Saudari Ummu Habibah Abdullah.

Sementara itu, MAPIM dan pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM telah merangka dan menyusun program-program dua hala yang merangkumi penglibatan pelajar dalam usaha melahirkan pelajar yang mempunyai nilai kesukarelawanan yang tinggi di masa akan datang. MAPIM juga amat berbesar hati dengan penglibatan lebih ramai lagi sukarelawan dalam usaha melancarkan lagi gerak kerja santuni ummah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan- Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button