Semasa

Helikopter TLDM mendarat cemas di Lumut

Kemalangan pertama sejak 30 tahun penubuhan skuadron udara TLDM

LUMUT : Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS 555 S-N Fennec terlibat dalam kemalangan selepas terpaksa mendarat cemas di Pangkalan TLDM Lumut.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari berlaku ketika sedang membuat penerbangan operasi di dalam Pangkalan TLDM Lumut.

“Kesemua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut. Insiden ini juga tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” – Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM

Ini merupakan kejadian kemalangan pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.

Selain enam buah helikopter AS 555 SN Fennec, TLDM turut mengoperasikan enam helikopter tempur jenis Super Lynx yang kesemuanya memiliki rekod penerbangan yang cemerlang.

Susulan insiden ini, TLDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Difahamkan, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh pihak TLDM sedikit masa lagi bagi memperincikan punca kemalangan itu. – K! Online

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button