KemanusiaanPalestinSemasa

Sheikh Jarrah bergelut lagi, ramai penduduk Palestin ditahan

Anggota sukarelawan turut menjadi mangsa

BAITULMUQADDIS: Seramai 20 sukarelawan Bulan Sabit Merah cedera ketika diserang tentera Israel di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.

Media Shehab Agency melaporkan, tentera Israel menyerang dengan membuat semburan lada, peluru logam bersalut getah serta bertindak memukul penduduk.

Tentera Israel serta penduduk di penempatan haram menyerang kawasan kejiranan awal pagi tadi.  Puluhan penduduk Israel melemparkan batu ke kawasan rumah sehingga menyebabkan seorang warga emas cedera di bahagian kepala.

Sehingga lewat malam tadi waktu tempatan, polis Israel terus melakukan kekerasan terhadap penduduk Palestin. Pendatang Yahudi yang merampas tanah mereka juga membaling objek seperti kerusi ke arah penduduk Sheikh Jarrah. Pada masa yang sama rakaman juga menunjukkan penduduk Israel sengaja menghidupkan api dan mula membakar di kawasan kejiranan itu.

Seorang aktivis dari kawasan kejiranan itu, Muhammad Al-Kurd berkata, tentera Israel melemparkan bom asap di ruang tamu sebuah rumah, sementara, penduduk Israel membaling bom petrol (molotov cocktail) ke rumah lain.

Seorang kanak-kanak perempuan cedera teruk di bahagian mata apabila terkena semburan lada ketika kanak-kanak itu sedang bermain di sekitara perkarangan di Sheikh Jarrah.

Bermula dengan Sheikh Jarrah, pendatang Yahudi kemudian cuba merampas, Silwan dan kini penduduk di Beita sedang mempertahankan kawasan penempatan berbukit itu daripada digenggam Yahudi.

***MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

http://tabunggaza.com

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM : 5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi   menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini   https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button