Covid19DuniaSemasa

Vaksin kurangkan risiko radang jantung

SINGAPURA: Kumpulan penyelidik dari Singapura menyatakan risiko mengalami keradangan jantung atau myopericarditis selepas disuntik vaksin Covid-19 adalah ‘sangat rendah’ yang hanya melibatkan 18 individu terjejas bagi setiap satu juta dos.

Tiada perbezaan ketara secara statistik antara kejadian myopericarditis selepas menerima vaksin bagi Covid-19 dan vaksinasi penyakit lain, ia telah dibuktikan melalui kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan, The Lancet.

Dalam kajian tersebut, setiap satu juta dos bagi vaksin penyakit lain terdapat 56 kes dikesan.

Myopericarditis adalah keradangan pada otot jantung dan ada kalanya menyebabkan kerosakan teruk pada jantung.

Kajian tersebut dilaksanakan oleh pengkaji daripada Pusat Jantung Universiti Nasional Singapura (NUHCS), Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di Universiti Nasional Singapura (Perubatan NUS).

Menurut kenyataan media bersama, lebih 400 dos vaksinasi telah diteliti bagi membandingkan risiko myopericarditis selepas Covid-19 divaksin dan penyakit lain seperti demam, selsema dan cacar.

“Kajian kami mencadangkan keseluruhan risiko bagi myopericarditis nampaknya tidak berbeza bagi kumpulan vaksin COVID-19, berbanding vaksin bagi penyakit lain,” kata Perunding Kanan di Jabatan Jantung, Toraks dan Vaskular di NUHCS, Dr Kollengode Ramanathan yang juga seorang daripada penulis kajian itu.

Dalam kalangan remaja dan dewasa muda, terdapat beberapa laporan mengenai myopericarditis selepas divaksin mRNA Covid-19.

Pengkaji menyatakan dalam kalangan mereka yang menerima vaksin Covid-19, lelaki jauh lebih tinggi berbanding wanita yang mendapat myopericarditis yang melibatkan kalangan bawah usia 30 tahun, mereka yang menerima vaksin mRNA dan selepas dos kedua vaksin.

Kajian tersebut mencadangkan kaum lelaki mengambil vaksin bukan mRNA, khususnya mereka berusia bawah 18 tahun boleh dipertimbangankan bagi menangani risiko myopericarditis, kemudaratan vaksin itu secara keseluruhannya sambal menimbangkan manfaat.

Ini menekankan bahawa risiko mengalami kesan sampingan buruk harus diimbangi dengan manfaat vaksinasi, seperti “risiko jangkitan yang lebih rendah, kemungkinan dimasukkan ke hospital, penyakit teruk dan kematian disebabkan COVID-19”, kata Pakar Penyakit Berjangkit NUH, Dr Jyoti Somani.

– Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button