
Selepas tewas di final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 23 Ogos lalu, ketiga-tiga pemain itu baru-baru ini menghabiskan masa bercuti di pulau Ibiza, Sepanyol.
“Tiga pemain PSG disahkan positif selepas ujian Sars CoV2 dan sudah menjalani protokol kesihatan yang sesuai, ” kata kelab itu di media sosial.
“Semua pemain dan kakitangan akan terus diuji dalam beberapa hari akan datang.”- AGENSI