Covid19Semasa

40 kakitangan KKM dijangkiti COVID-19 selepas dos kedua

Tiada gejala teruk

KUALA LUMPUR: Seramai 40 petugas Kementerian kesihatan (KKM) telah dijangkiti Covid-19 selepas sempurna mendapatkan dua dos suntikan vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada Jumaat 15 April berkata, berdasarkan jumlah tersebut, sembilan melibatkan kes dijangkiti Covid-19 lebih dua minggu selepas menerima dos kedua vaksin.

Manakala 31 kes lagi dijangkiti kurang daripada dua minggu menerima suntikan dos kedua.

                     

“Dalam masa yang sama, seramai 142 petugas telah dijangkiti selepas menerima dos suntikan vaksin yang pertama. Bagaimanapun, apa yang penting kesemua mereka tidak mengalami gejala yang teruk,” katanya pada hantaran Facebook beliau.

Beliau juga berkata, walaupun mereka yang mana sudah mengambil suntikan vaksin COVID-19 tersebut, masih boleh dijangkiti namun dengan gejala atau simptom kurang serius.

“Jelas bahawa kita masih boleh dijangkiti setelah selesai vaksinasi tetapi mungkin kurang teruk. Walaupun vaksin memberi pengharapan untuk berperang bagi melawan Covid-19, kita tidak boleh melakukan kesilapan melonggarkan langkah kesihatan awam dengan tidak mengikuti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selepas program vaksin dijalankan.

Melalui perkongsian grafik di Facebooknya itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada 426 kakitangan kesihatan yang mengambil vaksin, 244 atau 57 peratus tidak dikesan dijangkiti COVID-19 selepas selesai program vaksinasi.

-sumber FB Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noorhisham Abdullah

 

“Tidak ada orang yang akan selamat sehingga semua orang selamat. Harap semua terus mematuhi langkah kesihatan awam yang berjaga-jaga iaitu (3C dan 3W) kawasan sesak (crowded), kawasan sempit (confined) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat (close),” katanya.

Berdasarkan perkongsian grafik di Facebooknya itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada 426 kakitangan kesihatan yang mengambil vaksin, 244 atau 57 peratus tidak dikesan dijangkiti COVID-19 selepas selesai program vaksinasi. – BH

Oleh Arif Ikhwan – Pelatih Fakulti Filem Teater dan Animasi

Related Articles

Back to top button