BALING : Tim Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama dengan MAPIM RANGERS masih berada di Baling, Kedah bagi meneruskan gerak kerja bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Bantuan mereka bukan sahaja berbentuk kotak yang berisi bahan makanan asas, malah mereka juga membawa aset MAPIM Mobile Kitchen ke lokasi bencana bagi mengagihkan makanan panas yang bertempat di di Masjid Al-Huda, Kg. Hangus, Baling.
Pegawai Strategik Mobile Kitchen MAPIM Malaysia, Kapten Bersekutu (PA) Ahmad Syahir Syahrumi memaklumkan bahawa ia merupakan salah satu inisiatif yang sedikit sebanyak mampu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan di sekitar Baling dan juga sumber masakan segar untuk para sukarelawan serta frontliners.
“Kami sedar akan kesulitan yang dihadapi mereka kerana rata-rata penduduk di sini kehilangan barangan dapur yang hanyut dibawa arus banjir baru-baru ni. Jadi penyediaan masakan panas ini saya kira boleh memudahkan urusan seharian mereka.
“Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kariah Masjid Al Huda, Kampung Hangus kerana sudi untuk bekerjasama dalam menyantuni ummah di sini,” katanya.
Menurutnya lagi, sebanyak 300 pek makanan panas akan diagihkan pada hari ini dan rata-rata penerima mengucapkan ribuan terima kasih dan berasa sangat gembira atas inisiatif yang dijalankan oleh pihak MAPIM Malaysia.
Antara yang menerima agihan makanan panas tersebut adalah terdiri daripada golongan mangsa banjir, sukarelawan dan juga kariah masjid.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038