Semasa

Covid-19: 9,180 kes positif hari ini

KUALA LUMPUR : Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia terus membimbangkan apabila ia melepas paras 9,000 kes hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi hantaran Facebook, sebanyak 9,180 kes positif direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara sebanyak 817,838.

Selangor merekodkan 4,400 kes baharu, angka tertinggi yang pernah dicatatkan di negeri itu, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,271 kes.

Negeri Sembilan merekodkan 899 kes, Sarawak (406), Sabah (323), Johor (315), Perak (241), Melaka (222), dan Pahang (214).

Dalam pada itu, sebanyak 151 dicatatkan di Kelantan, Penang (142), Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16), Perlis (satu).

Oleh Azzman Jamal

Related Articles

Back to top button