DuniaPalestinSemasa

Israel terus rampas tanah Palestin

Israel menceroboh tanah milik wakaf Islam di kejiaranan Al-Suwaneh yang terletak di kawasan pusat Baitulmaqdis, semalam dan merobohkan infrastruktur di kawasan tersebut.

Kerja perobohan itu dilakukan beberapa unit jentolak milik Pihak Berkuasa Taman dan Alam Semula Jadi Israel.

Sumber di Baitulmaqdis melaporkan bahawa tanah tersebut terletak di persimpangan Wadi Al-Joz, berhampiran bahagian timur Masjid Al-Aqsa.

Penduduk di Baitulmaqdis memberi amaran tentang rancangan Israel untuk mengambil alih tanah itu dan menjadikan ia kawasan penempatan mereka.

Kejiranan Al-Suwaneh merupakan satu-satunya kawasan perumahan yang terletak di bahagian barat gunung Olives.

Jawatnkuasa penyeliaan pembinaan penempatan mendedahkan bahawa mereka akan mengumumkan tender bagi kerja pembinaan unit kediaman dalam tempoh beberapa minggu.

– Middle East Monitor

Diterjemah oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi. / AJ

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

http://5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Link : https://www.middleeastmonitor.com/20210708-israel-bulldozes-lands-belonging-to-endowment-department-near-al-aqsa-mosque/

Related Articles

Back to top button