ABU DHABI: Menteri Luar Negeri Isreal, Yair Lapid baru-baru ini mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali gus mencatatkan sejarah sebagai menteri kanan Israel pertama untuk melawat negara itu.
Menerusi gambar yang dimuatnaik dalam akaun Twitter miliknya, dia dilihat turun daripada pesaawt EL Al dan disambut kumpulan delegasi kecil yang diketuai oleh diplomat UAE.
“30 tahun sebagai hubungan diplomatik, tetapi kelihatan biru dan putih di sini di lapangan terbang Abu Dhabi, sementara menunggu Menteri luar mendarat – teruja!” – Yapir Lapid/ Menteri Luar Israel
Sebahagian daripada lawatan itu, Lapid akan merasmikan kedutaan Israel di Abu Dhabi dan konsulat Israel di Dubai.
Walaupun sebelum ini pegawai dan menteri dari Israel pernah melawat UAE, Lapid merupakan menteri yang paling kanan.
Bekas Perdana Menteri Isreal, Benjamn Netanyahu sebelum ini merancang untuk melawat UAE pada Mac, namun terpaksa dibatakan susulan pertikaian dengan Jordan.
Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi / AJ