Covid19

Pekerja ‘non essential’ tak boleh keluar kawasan PKPD

KUALA LUMPUR: Pekerja yang tidak termasuk dalam senarai perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk pergi ke tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata majikan dikehendaki membenarkan pekerja bekerja dari rumah (BDR)

Katanya, majikan juga digesa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan khususnya daripada segi kapasiti kehadiran pekerja di pejabat.

“Kementerian menerima banyak aduan daripada pekerja memaklumkan mereka diugut majikan untuk hadir bekerja. Jika gagal berbuat demikian mereka boleh diberhentikan kerja. -Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan

“Oleh itu, aduan boleh disalurkan kepada kementerian menerusi aplikasi Working for Workers.

“Selain kategori aduan BDR, aplikasi ini juga mempunyai 16 kategori aduan lain membabitkan isu buruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap aduan diterima dan tingakan sewajarnya akan diambil.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 1,878 aduan diterima menerusi aplikasi WSW membabitkan isu majikan tidak membenarkan pekerja BDR, antara 23 Mei hingga semalam.

Oleh Azzman Jamal

Related Articles

Back to top button