Bantuan MAPIM Di Gaza

Masjid Al Jawahir Mutiara Rini serahkan sumbangan Gaza RM220,669.00 kepada MAPIM Malaysia

Hasil kerjasama kariah masjid dan lima buah surau

Johor Bahru : Sokongan ke atas perjuangan saudara di Palestin sentiasa berterusan sepanjang masa. Yang berbeza mungkin suasananya. Ada ketikanya ‘membara penuh semangat’, ada ketikanya ‘tenang dan santai’. Yang utama, semangat tidak pernah padam dan ia dizahirkan melalui sumbangan yang diberikan.

Tenang. Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini, Johor Bahru

Itulah yang ditunjukkan oleh Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Johor Bahru, melalui Yayasan Masjid JAWAHIR. Pihak masjid telah terpanggil melaksanakan Bantuan Dana Ehsan Al-Quds bagi membantu saudara di Palestin yang dizalimi rejim zionis dengan serangan di Gaza akhir Ramadan lepas. Pihak masjid berjaya mengumpulkan sebanyak RM220,669.00.

Ustaz Haji Anour bin Sarimin

Menurut Ustaz Haji Anour bin Sarimin, penasihat masjid merangkap Pengerusi Yayasan Masjid Al-Jawahir, “Masjid berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak itu adalah hasil kerjasama antara masjid dan lima buah surau yang bernaung di bawah masjid Al Jawahir. Setiap surau turut mengumpul dana bagi pihak masjid di samping sumbangan daripada penderma-penderma kepada yayasan, yang kemudiannya disumbangkan kepada tabung bantuan Palestin.”

Lima buah surau tersebut adalah :

1. Surau Jauharul Muttaqin
2. Surau Mutiara Aula
3. Surau An Nur
4. Surau Mutiara Iman
5. Surau Jauharul Muhsinin

Pihak Masjid Al Jawahir kemudiannya memilih MAPIM Malaysia yang giat melaksanakan projek kemanusiaan di Gaza bagi diamanahkan dengan sumbangan itu. Menurut Tuan Isman Isam yang juga ahli kumpulan nasyid Hijjaz, yang menjadi perantara Masjid Al Jawahir dan MAPIM Malaysia berkata, “Usaha saya ini sangat kecil sebenarnya. Saya cuma menjadi penghubung. Kebetulan saya kenal Ustaz Haji Anour Sariman dan saya kenal MAPIM Malaysia.”

Tuan Isman Isam pernah mengikuti MAPIM Malaysia Gaza dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan. Malah sehingga kini beliau masih berhubung erat dan membantu pihak MAPIM Malaysia dalam kempen kebajikan.

Pengerusi Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini, Tuan Haji Zulkarnain bin Ya’cob sangat mengalu-alukan kerjasama ini dan mengharapkan kerjasama sebegini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

 

MAPIM Malaysia melalui (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, senada dengan hasrat Tuan Haji Zulkarnain bin Ya’cob. Menurut (Dr.) Sani,

“Alhamdulillah. Pihak MAPIM Malaysia sangat terharu dengan kepercayaan pihak masjid Al Jawahir. Pihak MAPIM mengalu-alukan usaha bersama ini dan mengharapkan usaha masjid Al Jawahir ini dijadikan contoh yang baik dalam memupuk sifat peduli ummah. Juga supaya masjid dilihat sebagai satu institusi yang relevan dan menjadi rujukan aktiviti kemanusiaan untuk masyarakat. Syabas diucapkan.”

Apabila ditanya bagaimana sumbangan ini akan digunakan? MAPIM Malaysia melalui Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Bersekutu (PA), Zulhanis Zainol menjawab, “Sumbangan ini akan diselaraskan dalam kempen wakeup4gaza MAPIM melalui 6 sektor utama bantuan, iaitu bantuan kecemasan perang berupa makanan dan ubat-ubatan, bantuan baik pulih rumah dan sewa rumah, bantuan pendidikan, bantuan ekonomi untuk masyarakat setempat, bantuan perubatan, peralatan hospital, dan yang keenam, ‘Sosial support’ bantuan kemasyarakatan.”

Masjid Al Jawahir juga mempunyai rekod pengurusan masjid yang cemerlang. Mereka memperoleh beberapa anugerah, antaranya adalah Anugerah Masjid Cemerlang peringkat daerah pad tahun 2016.  Anugerah Masjid Cemerlang Peringkat Negeri pada tahun 2017. Pada tahun 2019 dan 2020  Al Jawahir memperoleh Anugerah Masjid Terbaik Anugerah Pengimarahan Berimpak Peringkat Kebangsaan.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda. MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

 

 

Related Articles

Back to top button