Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Kutipan filem `Syaaban’ diserah ke tabung kemanusiaan : Adi Putra

Yayasan Hadid, Pertubuhan Jai The Legend yakini MAPIM

KAJANG : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, terus diberi kepercayaan sebagai satu platform membantu misi kemanusiaan. Kutipan dana daripada orang awam yang diterjemahkan MAPIM dalam pembangunan semula kawasan bergolak diyakini orang ramai sebagai platform untuk membantu ummah.

Atas pencapaian itu, selebriti tanah air selaku Pengerusi Yayasan Hadid, Dato’ Mohamed Hadi Putera Halim atau lebih dikenali sebagai Adi Putra akan menyerahkan sebahagian kutipan daripada filem beliau yang masih dalam pembikinan akan disalurkan kepada MAPIM yang juga katanya memberi bantuan kepada mereka yang terkesan akibat COVID-19 dan juga misi kemanusiaan ke negara-negara luar seperti Palestin dan Syria.

 

Menurutnya filem Syaaban yang bakal ditayangkan melalui Astro First akan dijadikan filem amal. Yayasan Hadid dengan kerjasama Pertubuhan Jai The Legend, kini sedang dalam proses penyuntingan.

Tambahnya peruntukan akan dibuat dan satu perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan pengurusan kanan MAPIM.

“Allocation akan dibuat, walaupun tidak kecil ,tidak besar, tapi dapat  diagihkan sama rata. Sebab kita sedar hasil kutuipan filem ini juta bukan ratusan ribu, jadi saya ambil Ismail Tote sebagai reference, dengan kutipan RM6.5 juta.  Jadi agak  impossible sekiranya saya tidak mencecah angka yang sebegitu, di mana MAPIM sendiri hendak mendapatkan RM13 juta, bukan saja di Gaza tetapi di Syria, tidak cecah jutaan ringgit.  Jadi boleh diberikan kepada MAPIM yang juga sasarkan bantuan kepada 40 negara, ini pipeline, saluran  yang betul. Mudah-mudahan filem Syaaban mendapat perhatian dan sokongan di Astro First nanti.”- Dato Adi Putra

 

Beliau sebelum itu hadir pada penyerahan sumbangan ke Tabung Kilat MAPIM Gaza oleh Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhammad Muqarrabin Mukhtaruddin.

***

MASA UNTUK BERTINDAK !

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button