Bantuan MAPIM Di GazaInspirasiKemanusiaanPalestinSemasa

Mengenang Masjid An Nasr di Gaza, tanda kebersamaan penduduk Palestin dan Malaysia

#savepalestine

Masjid An Nasr adalah antara masjid yang tertua di Gaza. Ia telah dibina pada 637 Hijrah pada zaman kerajaan Mamluk. Masjid ini adalah perakam sejarah. Ia ada ketika Mamluk menjadi kerajaan yang gemilang, ia ada ketika Uthmaniyyah menyingkirkan Mamluk, dan ia tetap utuh ketika zionis menjarah bumi Palestin.

Pada tahun 2006, tanpa ada alasan yang jelas pihak rejim membedil hancur masjid ini. Tidak ada apa yang mampu dilakukan umat Islam ketika itu. Masjid ini tidak mampu dibina kembali kerana kekurangan dana. Dana yang ada pun terpaksa diberikan kepada sektor yang lebih kritikal.

Pada 23 Januari 2011, dua orang wakil dari Beith Hanoun telah datang menemui pihak MAPIM Malaysia, dan merayu sumbangan bagi pembinaan masjid An Nasr. Ketika itu Almarhum Abdul Aziz Abu Bakar mengetuai pasukan mencari dana bagi membantu pembinaan kembali masjid tersebut. Beliau juga menjadi pengarah projek bagi pembinaan semula Masjid An Nasr.

Almarhum Haji Abdul Aziz Abu Bakar

Ada beberapa strategi dirangka bagi tujuan kutipan dana. Selain mengadakan ceramah di setiap masjid dan surau, MAPIM juga melaksanakan projek masjid berkembar. Masjid An Nasr dikembarkan dengan pembinaan Surau An Nur, Bangi. MAPIM juga mengumpulkan dana melalui penjualan sijil wakaf MAPIM di seluruh Malaysia.

Pada 8  Februari 2011, kempen pembinaan masjid berkembar antara Masjid An-Nasr dengan Surau An-Nur di Bandar Baru Bangi pun dilancarkan. Kemudiannya dana yang terkumpul itu digunakan bagi membina semula Masjid An Nasr dengan 10 kali ansuran.

Bagi pembinaan semula Masjid An Nasr, MAPIM Malaysia menggunakan sistem tender terbuka. Jadi semua pihak di Palestin berpeluang bagi mencadangkan kertas kerja pembinaan masjid yang paling kos efektif.

Pembinaan semula Masjid An Nasr memberi makna yang sangat besar kepada rakyat Palestin. Ia bukan tentang sumbangan dana semata-mata kerana, sekiranya mahu diukur melalui sumbangan, negara-negara Arab memberi sumbangan yang jauh lebih besar. Tetapi ia adalah tentang rasa kebersamaan. Ini kerana dana masjid itu diperoleh daripada sumbangan orang ramai di Malaysia. Ia jauh lebih bermakna dan meningkatkan semangat moral penduduk Palestin.

Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery, “Kita bukan mahu sangat bernostalgia tanpa sebab. Itu bukan cara MAPIM kerana MAPIM adalah jenis yang terus ke hadapan. Apa kebaikan yang kita buat semalam dan hari ini, kita akan lupakan. Sebab kita mahu fokus pada kebaikan yang boleh kita laksanakan untuk ummah pada esok hari. Tetapi Masjid An Nasr ini, selain mengenang dan mengambil semangat Almarhum Haji Abdul Aziz Bakar, MAPIM juga mahu highlight tentang rasa kebersamaan itu. Itulah yang perlu sekarang dalam isu Gaza dan Palestin. Itu yang perlu kita tunjukkan bukan sahaja dalam doa dan media sosial, tetapi juga melalui sumbangan kita kepada rakyat Palestin.”

Sehingga kini MAPIM Malaysia sudah membina 41 buah masjid di seluruh dunia, dan pembinaan masjid ke-41 itu terletak di Azaz Syria.
———————————–

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button