DomestikSemasa

MAPIM Malaysia terus menyokong kerja kebajikan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia

Terus berjuang di medan kemanusiaan

Batu Caves : Kerjasama antara MAPIM Malaysia dengan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, berterusan dengan agihan kotak bantuan makanan untuk mereka yang memerlukan di Gombak.

MAPIM Malaysia yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, dan Bendahari MAPIM, Kapten Haji Faris Hussain, tiba lebih kurang pukul tiga petang di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO). MAPIM Malaysia turut membawa bersama Ummah Mobile Clinic.

MAPIM Malaysia disambut oleh Presiden PESAKA Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, dan Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Dr. Muhammad Fairus bin Hussain.

Sebuah majlis ringkas tanda terima kotak bantuan makanan daripada MAPIM Malaysia kepada Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia telah diadakan di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin.

Selesai majlis ringkas itu, tanpa membuang masa MAPIM Malaysia dan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia segera turun ke lapangan bagi mengagihkan kotak bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan.

Pertubuhan Seni Silat Lincah di kawasan Gombak memang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan yang mereka lakukan. Mereka sudah mempunyai senarai nama keluarga yang layak menerima bantuan.

Antara keluarga yang bertuah menerima kunjungan mereka adalah, keluarga Puan Zaharah. Beliau seorang asnaf yang menyara hidupnya dengan menjual kuih-muih. Namun ia tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Keadaan semakin teruk apabila berlakunya pandemik covid-19. Walaupun beliau mempunyai seorang anak yang sudah bekerja dan memang membantunya, tetapi ia juga tidak mencukupi kerana anaknya juga ada kehidupannya sendiri.

Beliau bersyukur dan amat berterima kasih kepada MAPIM dan Persatuan Silat Lincah Malaysia kerana membantu meringankan beban keluarganya.

Presiden PESAKA, Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin

Menurut Presiden PESAKA, Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, “Silat ini falsafahnya bukan sekadar mengajar pengamalnya ilmu mempertahankan diri, tetapi juga mendidik seorang insan mempunyai rasa kemanusiaan yang tinggi. Bukan sekadar mengajar menjadi agresif, rebellion tetapi juga mengajar pengamalnya, sifat-sifat kemanusiaan. Punyai rasa simpati, kematangan, dan ia diterapkan ke dalam jiwa pengamal persilatan. Sebab itulah PESAKA sering menghantar pesilat-pesilatnya bagi membantu dalam urusan kebajikan. Seperti kejadian banjir lepas dan seperti yang kita nampak hari ini.”

“Saya melihat ada persamaan MAPIM dengan saya sendiri secara peribadi, dan perjalanan PESAKA sendiri. Kami mengamalkan semangat berjiwa besar. Kita bukan sahaja bercakap tentang soal membantu tetapi kita juga melaksanakan apa yang diperkatakan. We walk the talk. Apabila ada kesamaan ini, kita boleh bekerjasama dengan baik, kerana kita mempunyai falsafah yang sama. Selepas ini, akan ada banyak perkara PESAKA boleh laksanakan bersama dengan adinda Dr. Sani dan seluruh kepimpinan MAPIM.”

Menyambut baik kenyataan Presiden PESAKA itu, (Dr.) Sani Araby Al Kahery berkata,

“Saya sangat senang dan bersetuju dengan kenyataan Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain. MAPIM Malaysia mengambil prinsip, ini kerja Ummah untuk Ummah, dan kerja Ummah perlu dilakukan secara berjemaah. Jadi hari ini, kita dapat lihat bagaimana MAPIM Malaysia bekerjasama dengan Pertubuhan Seni Silat Lincah dalam melaksanakan kerja kemanusiaan untuk Ummah ini. Kita tidak mampu untuk bergerak sendirian, kerana kerja kita untuk Ummah ini banyak. Kita perlu saling bantu membantu.”

Itulah juga yang MAPIM harapkan daripada rakyat Malaysia, supaya terus menghulurkan sumbangan, kerana ada lebih ramai keluarga asnaf dan yang memerlukan perlu dibantu.


MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

Sumbangan boleh dibuat melalui:Ā www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun MaybankĀ TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button