Semasa

Tiada IPU tahap bahaya dicatat kesan letusan Sinabung

Abu gunung jejas tiga kecamatan

Kawasan Johan Setia, Klang Selangor mencatat bacaan indeks pencemaran udara,  IPU tidak sihat – 157 dan kekal satu-satunya kawasan yang dikesan mencatat bacaan tertinggi sehingga jam 9:00 malam ini.

Manakala 58 kawasan mencatagt IPU sederhana, dan tujuh kawasan lagi baik sejak letusan gunung berapi Sinabung, di Sumatera semalam.  Kawasan terbabit antaranya ialah Shah Alam (85), Tasek Ipoh (74), Labuan (72)

Manakala IPU mencatat bacaan baik antaranya ialah, Kapit – Sarawak (43), daripada bacan yang dikemas kini setiap jam.

Awal minggu ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, berkata asap debu gunung berapi Sinabung itu, dijangka memasuki ruang udara negara di utara Selat Melaka dan negeri di utara serta timur Semenanjung, bermula malam tadi.

Jailan berkata, asap debu itu antara lain akan memasuki ruang udara Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.  Dalam kenyataan medianya juga Jailan menyebut, debu itu boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras 1,500 – 5,000 meter.

Bagaimanapun katanya berdasarkan kepada model trajektori HYSPLIT yang dijana MET Malaysia dan ramalan dari Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC) Darwin, Australia, orang ramai tidak
perlu bimbang kerana ia dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara di negara kita.

Orang ramai juga disaran sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh
Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial.

http://www.met.gov.my/home    http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html

Semalam, Sinabung meletuskan debu pada jam 10:16 pagi waktu tempatan di Sumatera, mengeluarkan asap dan debu kelabu setinggi 5,000 meter. Situasi terbaru ini memaksa Badan Geologi Indonesia meletakkan keadaan dalam tahap siaga selain amaran kepada penduduk setempat.

(Photo by Anto Sembiring / AFP) (Photo by ANTO SEMBIRING/AFP via Getty Images)

 

*Sertai Channel rasmi telegram MAPIM bagi megetahui perkembangan terkini, isu semasa dan kerja peduli ummah dalam dan luar negara di  https://t.me/MapimMalaysia

MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button