Semasa

Petugas media protes pembunuhan wartawan Mexico

MEXICO : Satu protes di seluruh negara diadakan oleh wartawan Mexico bagi mengutuk pembunuhan tiga wartawan baru-baru ini.

Mereka menuntut supaya pembunuhan wartawan yang sering berlaku di negara ini dihentikan.

Di bandar sempadan Tijuana, dua wartawan telah dibunuh dalam masa kurang dari seminggu.

Pada 17 Januari, jurugambar jenayah Margarito Martnez ditembak mati di luar rumahnya, manakala wartawan Lourdes Maldonado López ditembak mati di dalam keretanya pada 23 Januari.

Beratus-ratus wartawan, jurugambar dan  penyokong berarak melalui jalan-jalan di Tijuana, sambil memegang sepanduk bertulis “Berhenti Membunuh Wartawan, Bukan Satu Kematian Lagi!”

Semasa protes tersebut diadakan, mereka juga menunjukkan gambar wartawan yang terbunuh dalam bangunan sambil menjerit “Keadilan!” dan “Anda tidak bersendirian!”

Mexico kekal sebagai tempat paling berbahaya di Hemisfera Barat untuk wartawan walaupun kerajaan sudah berjanji untuk melindungi mereka.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button