Semasa

60 cedera dalam insiden letupan besar depot senjata Kazakhstan

NUR SULTAN : Sekurang-kurangnya 60 orang cedera dalam kejadian letupan besar di sebuah depot senjata di Kazakhstan.

Penduduk di empat buah kampung termasuk sebuah kampung yang terletak kurang satu kilometer dari lokasi letupan turut terlibat dalam proses pemindahan itu, kata kenyataan berkenaan.

Kerajaan Jambyl menyatakan 60 orang termasuk 11 anggota tentera dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Taraz kerana mengalami kecederaan.

Sementara itu, pihak berkuasa di wilayah itu mengatakan 60 orang, termasuk 12 anggota tentera, cedera dan dimasukkan ke hospital berikutan letupan itu.

Walau bagaimanapun, jurucakap pihak berkuasa tempatan memberitahu media Rusia bahawa tidak ada yang terbunuh dalam letupan itu.

Jalan utama yang berdekatan dengan lokasi kejadian ditutup dan laluan kereta api di kawasan itu dihentikan.

Kementerian itu juga menyatakan jabatan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tersebut dan sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi menentukan punca kejadian.

Untuk rekod, pada tahun 2019 lalu, letupan di depot peluru berhampiran bandar Arys di wilayah jiran Turkestan membunuh dua orang dan mencederakan banyak yang lain, yang juga menyebabkan berpindah puluhan ribu.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button