DomestikSemasa

Revisited Mudik Skuad Musaadah JAKIM santuni kariah Masjid As-Salam, Marudi

MIRI: Skuad Musaadah JAKIM bersama Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM meneruskan kerjasama mengadakan program ‘Revisited Mudik ke Hulu Zon Borneo (Sarawak) Tahun 2022′ di Miri, Sarawak bermula 9 hingga 11 November 2022.

Program ini merupakan susulan ziarah yang telah diadakan pada tahun 2017 yang lalu.

Program kali ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Haji Ruslan bin Said bersama Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Ustaz Mohd Kori bin Jusoh dan Pengarah JAKIM Sarawak. Ustaz Hamdan Bin Jar’ee.

Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM pula terdiri darpada Bank Islam Berhad, Pos Malaysia Berhad, Celcom Berhad dan Malaysia Airlines Berhad.

Seramai 30 orang telah menyertai misi pada kali ini. Program di Miri dimulakan dengan kunjungan ke Masjid As-Salam, Kampung Dagang, Marudi.

Pengisian yang diadakan kepada jemaah masjid adalah Forum Perdana bertajuk ‘Rasulullah SAW Pemuda Qawiyyul Al-Amin’.

Barisan panel terdiri daripada Guru Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid, Ustaz Muhammad Fahmi Rosli,  Pegawai Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Ustaz Hasfa Bakhry Bin Hassan dan Ustaz Ahmad Termizi daripada JAKIM selaku moderator.

Haji Ruslan bin Said juga turut menyampaikan sumbangan kepada 100 buah keluarga asnaf di sekitar Marudi.

Sumbangan adalah dalam bentuk barangan makanan daripada Tabung Musaadah JAKIM yang bernilai RM10,000.00.

Sumbangan itu diharapkan dapat meringankan beban penduduk asnaf pasca pandemik Covid-19 dan mendekatkan JAKIM dengan masyarakat di Miri, Sarawak.

Sebelum ini, skuad Musaadah JAKIM telah terbang ke Palu, Indonesia bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi merasmikan 4 buah masjid wakaf hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button