Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia bakal buka 2 buah ladang ternakan dan tanaman di Kedah dan Pahang.
Ketua Aktivist MAPIM Malaysia , (Dr) Sani Araby Dato’Abdul Alim Araby menjelaskan ladang yang akan ditanam tumbuhan seperti nenas md2, pisang, timun, rock mellon serta tanaman kontan lain akan ditanam di tanah seluas 50 ekar.
Manakala di Temerloh pula kita bakal mengusahakan Ladang Ummah seluas 100 ekar untuk ternakan lembu dengan sasaran 500 ekor.
Semua projek ini akan diusahakan dengan memberi pekerjaan dan latihan kepada ketua keluarga Asnaf serta fakir miskin yang dipilih khas untuk menjalani program bersepadu pembangunan ‘Misi Ubah Asnaf kepada Pembayar Zakat’ ini.
Alhamdulillah ramai pakar dan yang berpengalaman luas dalam bidang ini mengubungi untuk memberikan khidmat serta bersama menjayakan.
Projek ini juga bertujuan untuk mengubah nasib keluarga Asnaf serta faqir miskin dalam negara. tambahnya.
Ikuti perjalanan misi MAPIM membantu ummah dalam laman Facebook MAPIM dan Youtube MAPIM Malaysia.
Disamping itu pihak MAPIM Malaysia sedang menjalankan #FollowupMissionUmmahBantuUmmah
yang berlangsung selama 10 hari dan meliputi negeri Pahang, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), IPSI dan Ummah Rangers (GTU) sebagai program lanjutan selepas kejayaan Jelajah Peduli Ummah (Siri Utara) yang lepas. Untuk maklumat, sebanyak 10,000 keluarga telahpun mendapat manfaat kotak bantuan yang diagihkan sepanjang PKP dan Ramadhan lepas.
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
1. www.BantuUmmah.com
ATAU
2. menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.