DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Dasar Zionis biadap!

Cemar kalimah Allah untuk menutup kekejaman

KAJANG : Israel tampil berani mencemar ayat Al-Quran bagi ‘menghalalkan’ penindasan yang dilakukan terhadap pejuang Palestin.

Hantaran Tweet pemilik akaun Twitter @IsraelArabic,  semalam, menimbulkan kemarahan umat Islam apabila pemilik akaun tersebut menggunakan ayat Al-Quran dari Surah Al-Fil ayat 1 hingga 4 yang bermaksud :

“Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, – (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, – (4).”

Surah Al-Fil yang membawa erti ‘gajah’ itu asalnya ditujukan pada zaman kelahiran Rasulullah SAW ketika kota Mekah diserang tentera bergajah diketuai Abrahah. Niat keji Abrahah dan bala tenteranya ingin menghancurkan Kaabah, dihalang dengan kuasa Allah SWT, apabila sekumpulan burung membawa batu-batuan dari neraka lalu dicampak ke pasukan tentera bergajah.

Dalam untaian mesej itu, Zionis Israel mengaitkan ayat-ayat suci ini dengan mengatakan kemampuan Tuhan untuk menyokong pihak yang benar dan salah. Tambahnya, pihak yang salah itu ditujukan buat pejuang Hamas yang berusaha memerangi mereka, walhal, dunia tahu keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel.

Ayat Al-Quran itu lebih dicemari apabila rejim Zionis menyamakan ‘perjuangan’ mereka seperti burung Ababil yang menyelamatkan kota Mekah dan pejuang Hamas sebagai tentera Abrahah.

Serangan bertubi-tubi tentera Israel di pintu masuk utara ke Al-Bire.

Merujuk pada laman portal rasmi Middle East Eyes, wakil jurucakap Kementerian Luar Israel gagal mengulas berhubung hantaran Twitter yang dilemparkan.

Oleh itu, wajarkah pemilik akaun Twitter @IsraelArabic dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang hukuman yang setimpal buatnya, setelah bertindak biadap dengan mencemari kalimah Allah SWT?

Setelah beribu rakyat Palestin gugur syahid atas kekejaman mereka, kini, bangsa pendatang itu dengan berani mengejek umat Islam selah-olah mereka tidak berdosa.

Ada di antara pengguna Twitter, membidas kenyataan yang biadap itu dengan mengulas : “Jadi adakah anda di pihak yang benar?”

Dan ada juga yang melemparkan tomahan seperti : “Tidak ada yang lebih keji, tidak berperikemanusiaan dengan menggunakan ayat suci Al-Quran mengejek keganasan serangan yang dilakukan kepada Gaza. Ayat-ayat kitab suci kami bukanlah sesuatu yang anda boleh memperolokkan.”

Antara pengguna Twitter yang berang penggunaan ayat Al-Quran oleh pemilik akaun @IsraelArabic

Sejak 10 Mei yang lalu, serangan rejim Zionis telah mengorbankan kira-kira 213 orang Palestin, termasuk 61 kanak-kanak dan 36 wanita.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

__________________________

MASA UNTUK BERTINDAK !

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button