DuniaKemanusiaanSyria

Mana adik saya? tanya mangsa bom Syria saat ditarik keluar daripada runtuhan

4 kanak-kanak disahkan antara korban

SYRIA : [VIDEO]

“Mana Ali? Siapa Ali? Mana dia adik saya? ”

Tanpa menghiraukan kecederaan dan kesakitan yang dialaminya akibat dihempap runtuhan bom, perkataan pertama Mohamed kepada pasukan mencari dan menyelamat ialah mana adiknya?

Mangsa dalam lingkungan usia remaja itu diselamatkan daripada timbunan runtuhan dilihat berada dalam keadaan lemah terpisah dengan adiknya akibat serangan.

Mohamed, salah seorang mangsa bom Syria ditemui Kumpulan sukarelawan White Helmet selepas bom kereta meledak di sebuah stesen bas di Al Bab di bahagian utara Syria pada Selasa.

White Helmet turut berkongsi kejadian terkini itu dalam video yang menyayat hati berkisar tragedi berdarah yang menggegar pekan Al Bab.

 

Menurut ciapan terbaru di Twitter The White Helmet, Ali dan abangnya adalah di antara 100 mangsa yang cedera dalam kejadian itu

Angka korban dan cedera bakal berubah kerana ramai yang dikatakan parah dalam kejadian Selasa lalu yang setakat ini disahkan meragut empat nyawa kanak-kanak.

Mereka yang terkorban terdiri daripada penduduk tempatan dan penghuni kem pelarian dalaman, IDP.

Dalam satu lagi entri White Helmet, atau Pertahanan Awam Syria (SCD) itu, mereka berkongsi kisah Wael.

Wael, hanya lima tahun, terbunuh di tempat kejadian namun ayahnya terselamat.

Wael sebelum itu dikatakan membantu ayahnya membaiki motosikal, sebaik sepanar diberikan kepada ayahnya,  bom meletus dan Wael terkulai kaku tidak bernyawa.

Wael, maut di tempat kejadian dalam letupan bom di Al-Bab – White Helmet

Setakat ini menurut Pemantau Hak Kemanusiaan Syria PBB, Mark Cutts tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Bagaimanapun pihak pemisah YPG/PKK dipercayai menjadi dalang serangan berikutan YPG telah mengambil alih kawasan utara Syria selepas mengusir Daesh daripada bahagian utara.

Pejuang Kurdish pula menguasai kira-kira satu pertiga daripada kawasan di Syria termasuk lokasi paling hampir dengan sempadan Turki dan didiami penduduk Arab serta kumpulan etnik lain.

Siri keganasan ini adalah kedua sejak bulan lalu apabila petugas Palang Merah Turki, Turk Kizilay, diserang kumpulan lelaki bersenjata juga di Al Bab.

Seorang petugas maut, Mehmet Arif Kıdıman manakala dua lagi rakan sejawatannya cedera akibat diserang kumpulan bersenjata pada 14 September lalu.

Mehmet Arif Kıdıman, petugas Palang Merah Turki maut dalam serangan kumpulan bersenjata.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB dan semua institusi kemanusiaan dunia mengutuk serangan itu yang jelas tidak berperikemanusiaan kerana mengetepikan lambang Palang Merah.

Small Action – Save Live

Bagi anda yang ingin membuat sumbangan kemanusiaan Syria bersama MAPIM MALAYSIA boleh melayari www.tabungsyria.com (https://www.tabungsyria.com/)

atau

Infaq terus ke Akaun
Maybank (Syria Emergency Appeal – Dana MAPIM) 562834636987

talian hotline MAPIM 1300888038 / 0128002016.

Sumbangan anda adalah harapan buat mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button