DuniaKemanusiaanPalestin

Perlis arah baca Qunut Nazilah untuk keselamatan rakyat Palestin

Rakaat terakhir setiap solat fardu

KANGAR :  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua masjid di negeri itu membaca Qunut Nazilah pada rselama dua hari bermula solat Subuh pada Selasa.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bacaan doa Qunut Nazilah itu bertujuan mendoakan keselamatan rakyat Palestin susulan tindakan pencerobohan dan serangan tentera Israel serta pendatang haram Yahudi di Masjid al-Aqsa pada Jumaat.

“Dengan bertauhid dan bertawakal kepada ALLAH adalah dengan ini diperintahkan kepada semua masjid-masjid di Perlis untuk membacakan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu selama dua hari dan dua malam (11 dan 12 Mei) bermula dari waktu subuh hari ini,” – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Baginda bertitah menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs pada Selasa. (11 Mei)

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah pencerobohan dan serangan tentera Zionis ke atas tempat ketiga paling suci bagi umat Islam itu merupakan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Perlis tercinta agar turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat saudara kita di Palestin,” titah baginda. – BERNAMA

*Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua yang mahu membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan. MAPIM merayu supaya kita dapat bersama-sama membantu mereka.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button