KemanusiaanPalestinPolitikSemasa

Kecewa negara Arab tidak ambil prihatin isu negara Palestin : Tun Mahathir

Pemimpin negara Islam perlu lalui dengan serius

KUALA LUMPUR : Penyelesian konflik di antara Israel-Palestin dapat dicapai melalui tindakan bersama negara-negara Islam dan mereka yang menyokong hak-hak rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa penting bagi mereka yang menyokong rakyat Palestin untuk memiliki strategi yang  tepat untuk mencapai penyelesaian itu.

Beliau berkata demikian dalam satu siaran langsung pada akaun Facebook miliknya pada Sabtu 14 Mei. Rancangan itu disiarkan juga di saluran awani, Al Jazeera dan TRT.

Malah, beliau menyifatkan kebanyakan negara Arab tidak ingin menekan terhadap Israel bahkan ada yang ingin membentuk hubungan baik keatas rejim Zionis.

Buat masa sekarang, di negara timur tengah enggan mengambil tindakan kepada negara Israel dan ada antara mereka mempunyai hubungan dengan Israel.

Tun Dr. Mahathir menyeluarkan kenyataan, sebagai tokoh pemimpin yang terkenal lantang besuara untuk membela negara Palestin dan perlu ada penyelesaian diplomatik  untuk menyempurnakan masalah itu kerana tidak ada yang dapat diperoleh daripada keganasan.

Beliau juga menyatakan harapan agar negara Arab dan Palestin mempunyai hubungan politik yang kuat dan memikirkan strategi yang tepat untuk menetang Isreal.

“Saya berharap bahawa dunia Islam akan bangun dengan keadaan sekarang dan kita semua akan memperjuangkan hak Islam daripada kegiatan pengganas Isreal tehadap Palestin serta kemanusiaan,” – Tun Mahathir Mohamad / Mantan Perdana Menteri

Tun Dr Mahathir turut mengutuk tindakan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa di Jerusalem keatas penduduk Palestin yang sedang bersolat di masjid tersebut yang dilakukan oleh rejim Zionis dan merosakan harta awam masjid.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

__________________________

Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button