Semasa

Solat jenazah ghaib untuk mangsa KRI Nanggala 402

JAWI rakam takziah

KUALA LUMPUR :  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan melaksanakan solat jenazah ghaib untuk mangsa tragedi kapal selam KRI Nanggala 402.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, solat tersebut disarankan dilakukan selepas waktu Isyak pada malam Selasa (27 April) dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Susulan tragedi dan pengumuman yang telah dibuat oleh kerajaan Indonesia berkaitan situasi terkini, Jawi menyarankan diadakan solat jenazah ghaib untuk mendoakan keampunan dan kerahmatan bagi mangsa yang telah terkorban.” – Pengarah JAWI / Datuk Mohd Ajib Ismail

“Kami merakamkan ucapan takziah serta mendoakan seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dikurniakan kesabaran dan kecekalan hati bagi menghadapi musibah dan ujian yang berat ini, ”

KRI Nanggala-402 buatan Jerman tahun 1978 yang membawa 53 kru kapal dilaporkan terputus hubungan pada Rabu lalu ketika menjalani latihan torpedo di perairan Bali.

Bangkai KRI Nanggala 402 ditemui pada Ahad dalam keadaan terbelah tiga melalui kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) yang dibekalkan Singapura untuk meninjau lokasi dasar laut berkenaan.

Kesemua 53 kru kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang dilaporkan hilang dan tenggelam itu disahkan meninggal dunia.

Related Articles

Back to top button