DuniaKemanusiaanPalestin

Ismail Haniyya terharu sokongan rakyat Malaysia

Telefon PM maklum situasi di Gaza

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam menerima panggilan telefon daripada Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, yang berada di Semenanjung Gaza bagi memaklumkan situasi semasa di Palestin, terutamanya di Gaza.

Dalam perkongsiannya hari ini, Perdana Menteri menjelaskan amat terkesan mendengar perkhabaran berhubung keadaan masyarakat Islam di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza yang amat menyedihkan serta menyayat hati.

“Saya menzahirkan ucapan takziah dan dukacita bagi pihak seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan nyawa serta kecederaan yang dialami rakyat Palestin akibat serangan ganas rejim Israel. Saya turut menegaskan pendirian serta usaha-usaha yang sudah dan sedang diambil Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin tatkala menghadapi detik yang sukar ini,” – Tan Sri Muhyiddin Yasin / Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin berkata demikian dalam ciapan terbaru di Twitter beliau hari ini. (16 Mei)

Perdana Menteri turut memuat naik gambar beliau bersama Haniyya pada pertemuan beliau dengan Ketua Biro Politik Hamas, pada 24 Januari 2020.

– Foto ihsan Twitter Muhyiddin Yassin

Beliau juga menyatakan komitmen Malaysia dalam mencari jalan untuk menghulurkan bantuan sewajarnya bagi membantu meringankan kesukaran rakyat Palestin.

“Saya juga berkongsi keprihatinan dan inisiatif yang dilakukan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia serta rakyat Malaysia yang kini giat menganjurkan bantuan kemanusiaan serta bersolidariti penuh ke atas perjuangan rakyat Palestin pada waktu yang mencabar ini.”

***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan kehttps://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button