Covid19Semasa

Covid-19 : Malaysia catat 13,215 kes baharu

Angka tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia

PUTRAJAYA : Lonjakan kes baharu harian Covid-19 di negara ini membimbangkan dengan pertambahan 13,215 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 880,782 kes.

Menurutnya, Selangor kekal menjadi penyumbang tertinggi kes Covid-19 dengan 6,120 kes disusuli Negeri Sembilan dengan 1,603 kes danĀ  Kuala Lumpur (1,499).

“Turut mencatat pertambahan kes hari ini ialah Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255) dan Pahang (222).

“Terengganu mencatat 70 kes baharu, Putrajaya (53), Labuan (26) dan Perlis (tiga),” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button