DuniaKemanusiaanPalestinPolitikSemasa

Kanak-kanak Palestin dilayan seperti penjenayah!

Ada yang dibebaskan, ada dikenakan tahanan rumah

PALESTIN  : [VIDEO] Setiap 5 April di Palestin  dikenang sebagai Hari Kanak-kanak. Hari itu sebagai memperingati peristiwa tindakan kekerasan Israel terhadap kanak-kanak  Palestin dan bermula pada tahun 1995 bekas Presiden Yasser Arafat telah memperjuangkan hak kanak-kanak Palestin untuk mendapat kehidupan seperti kanak-kanak lain di dunia.

Sehingga Mac 2021, seramai 230 orang kanak-kanak Palestin ditangkap oleh tentera Israel.

140 orang lagi remaja dan kanak-kanak masih ditahan di dalam penjara.

Mereka dipenjarakan tanpa sebab selepas ditangkap sama ada di rumah atau di kawasan kejiranan mereka.

Pada tahun lalu, 85% kanak-kanak yang ditahan mengalami pelbagai seksaan: 68% digari dan ditutup mata ketika ditangkap, manakala 57% ditangkap dari rumah mereka pada malam hari.

Selepas ditangkap ada yang dibebaskan dan ada pula dikenakan tahanan rumah.

Kes terbaru tangkapan tentera rejim ialah pada Mac lalu, apabila satu rakaman video mengenai kekerasan pihak tentera Israel tular di media sosial.

Video itu juga mencetuskan kecaman dan kemarahan kepada masyraakat dunia dan aktivis hak assasi manusia.

Rata-rata menyifatkan tindakan berkenaan disifatkan tidak berperikemanusiaan. Mac lalu video penangkapan beberapa kanak-kanak terbsesar selepas mereka mengutip sejenis tumbuhan herba, akoub, yang tumbuh meliar di tepi jalan.

Akoub boleh dijual dengan harga yang tinggi di pasaran Palestin khususnya pada musim bunga pada msuim panas.

Kebanyakan warga Palestin dan kanak-kanak mengutip akoub bagi menampung hidup mereka dengan menjualnya di pasar-pasar tempatan.

Video, yang dirakam oleh seorang penyelidik lapangan dengan kumpulan hak asasi manusia Israel, B’Tselem, Nasr Nawajaa, menunjukkan puluhan tentera Israel dengan peralatan tempur menangkap kanak-anak yang sedang lama ketakutan di daerah Masafer Yatta berdektan pegunungan Hebron selatan.

Mereka menarik kanak-kanak itu dan mengarahkan mereka masuk ke dalam kenderaan tentera.

Daerah Masafer Yatta merupakan rumah bagi puluhan kelompok perkampungan dan wilayah Palestin, serta beberapa penempatan haram Israel dna pos tentera rejim.

Menurut MEE, Nawajaa memberitahu sebelum kejadian itu beliau diberitahu penghuni kawasaniitu sednag mengejar sekumpulan kanak-kanak Palsetin dan beliau terus bergerak ke sana secepat yang mungkin.

“Ketika saya tiba, ada puluhan tentera Israel bersenjata dan bertopeng yang menarik anak-anak ke arah sekumpulan `jeep’ tentera. Dan saya segera mengambil kamera saya dan mula merekodkan,” Nasr Nawajaa / Aktivis Kemanusiaan B’Tselem

Beberapa pemerhati Palestin dilihat cuba campur tangan, tetapi tidak berhasil. Pada satu ketika, seorang budak lelaki Palestin yang lebih berusia dilihat sedang berusaha menyelamatkan salah seorang kanak-kanak di bawah umur.  Baaimanapun dia pula ditangkap oleh askar lain dan diseret bersama kumpulan tersebut.

“Kanak-kanak itu menjerit dan menangis, memohon kepada tentera untuk memanggil ibu bapa mereka dan menunggu sehingga keluarga mereka tiba sebelum membawa mereka pergi,” – Nasr Nawajaa / Aktivis Kemanusiaan B’Tselem

Nawajaa mengatakan bahawa tindakan tentera “sangat agresif” terhadap kanak-kanak, yang hanya berusia antara lapan hingga 13 tahun.

“Askar-askar itu “mengambil anak-anak dengan paksa.” Mereka memperlakukan anak-anak seperti beberapa penjenayah yang keras, seolah-olah mereka telah melakukan kejahatan besar,” kata Nawajaa, sambil menambahkan bahawa tentera

Menurut, kanak-kanak itu ditahan dan dibawa ke penempatan Kiryat di Israel, di mana mereka ditahan di dalam kenderaan tentera dan disiasat selama beberapa jam, sebelum dibebaskan kepada keluarga mereka pada waktu petang.

“Ini hanya kanak-kanak yang tidak berbahaya. Apa jenis ancaman yang mungkin mereka buat untuk membenarkan perlakuan ini?” Nawajaa bertanya.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Muhammad Nasrul Haqim

___

 

Nasib Gaza semakin sukar, dihimpit impak Coronavirus menjadikan Gaza terus dicengkam derita membungkam rasa kerana dikawal segala oleh Zionis durjana!


menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau WhatsApp 012-800-2016

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button