DuniaSemasa

Penyokong Trabzonspor memberi penghormatan kepada wira-wira gempa Turkiye-Syria

TRABZON : Penyokong Trabzonspor memberi penghormatan penuh emosi kepada wira-wira penyelamat gempa bumi Turkiye dan Syria dengan tifo iaitu satu paparan koreografi yang membentuk imej serta tulisan ketika perlawanan dengan Basel pada hari Khamis.

Sebelum perlawanan, peminat di stadium memperingati mangsa yang terkorban akibat gempa bumi minggu lalu.

Trabzonspor menjadi tuan rumah kepada pasukan Switzerland Basel dalam UEFA Europe Conference League  pada hari Khamis.

Tifo seorang wira yang menyelamatkan seorang kanak-kanak dengan bendera negara-negara yang turut serta dalam misi mencari dan menyelamat termasuk Malaysia dipaparkan pada topi penyelamat. Selain itu, gambar anjing Proteo yang terkorban ketika misi mencari juga diletakkan.

Perkara ini berlaku selepas gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria minggu lalu dan meragut sekurang-kurangnya 42,000 nyawa.

Para pemain juga memakai lilitan lengan hitam dan berdiam seminit sebelum permainan bermula bagi tanda hormat kepada mangsa-mangsa gempa.

Super Lig Turkiye kini ditangguhkan berikutan peristiwa dahsyat di negara itu. Hasil daripada perlawanan Khamis ini akan disalurkan kepada mangsa gempa bumi.

Kedua-dua pihak akan bertemu semula untuk perlawanan kedua di Switzerland pada Khamis, 23 Februari.

 

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button