Covid19Semasa

Kerajaan lulus Sinovac untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

PETALING JAYA : Vaksin Sinovac kini telah mendapat kelulusan bagi penggunaan terhadap golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, ia merupakan vaksin Covid-19 yang kedua diluluskan selepas Comirnaty.

Menurutnya, mereka telah memutuskan perkara tersebut dalam persidangan mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang berlangsung semalam.

“Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin masih diperlukan serta penilaian secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengikut data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif.

“Bagi tujuan pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia, Kementerian Kesihatan juga sentiasa komited mempertingkat akses rakyat kepada produk vaksin dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan,” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button