Covid19DuniaSemasa

Kes kemurungan meningkat ketika pandemik Covid-19

GENEVA : Kes kebimbangan dan kemurungan merangkumi seluruh dunia telah menunjukkan peningkatan lebih 25 peratus berikutan pandemik Covid-19.

Menerusi taklimat saintifik, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan terdapat peningkatan sebanyak 25.6 peratus dalam kes kecelaruan keresahan (anxiety disorder) di seluruh dunia.

Ahli jabatan kesihatan mental dan penggunaan bahan WHO, Brandon Gray memaklumkan kes kecelaruan episod kemurungan major atau Major Depressive Disorder (MDD) turut meningkat sebanyak 27.6 peratus pada tahun 2020.

“Ia adalah peningakatan yang sangat besar jika dilihat berdasarkan skala tersebut, ini membuktikan impak besar Covid-19 terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan orang ramai, menurutnya.

Lonjakan besar dilihat di tempat yang paling terjejas oleh Covid-19 dari segi jangkitan harian yang tinggi. Golongan wanita dan kanak-kanak perempuan lebih terjejas berbanding lelaki.

Terdahulu pada Oktober, satu laporan menyatakan bahawa wanita merupakan penduduk yang paling teruk terjejas ketika pandemik. Kajian Lancet melaporkan bahawa kes kemurungan dan kebimbangan telah meningkat lebih daripada satu perempat hanya dalam tahun pertama penularan.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button