Semasa

Israel guna dron suraikan demonstrasi

Jatuhkan gas pemedih mata

TEBING BARAT : Minggu lalu lebih seratus warga Palestin ditahan ketika pertempuran dengan polis israel. Kejadian tercetus kerana penduduk Palestin dihalang memasuki Masjid Al Aqsa di kawasan biasa ketika bulan Ramadan untuk mereka bersolat dan iktikaf di masjid.

Menurut akhbar  Haaretz, Israel menggunakan dron  untuk menyuraikan demonstrasi itu.

Penggunaan dron semakin berleluasa sejak diberi kebenaran sejak minggu lalu di Tebing Barat dan Baitulmaqdis untuk kali pertama pada hujung minggu.

Dron dikatakan digunakan untuk melepaskan gas pemediah mata bagi tujuan menyuraikan penunjuk perasaan yang bertempur dengan pihak polis Israel. Antaranya ialah di pinggir Baitulaham,dan berdekatan Qalandiya di pusat pemeriksaan di utara Baitulmaqdis.

Langkah ini hampir sama dengan penggunaan untuk melawan pemberontak di Gaza tiga tahun lepas.

Israel percaya kawalan ini berkesan dengan efektif kerana dapat membantu tentera mengelak berdepan dengan demonstrasi. Dron juga dikatakan berupaya menurunkan antara enam dan 12 gas pada satu-satu masa.

Oleh Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir: Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Related Articles

Back to top button