Covid19Semasa

Covid-19 : 9,105 kes jangkitan baharu

PUTRAJAYA : Kes positif Covid-19 di negara kekal di paras 9,000 apabila merekodkan 9,105 ke kes jangkitan baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penambahan angka itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 836,296.

Katanya, mengikut pecahan negeri, Selangor adalah penyumbang terbesar dengan 4,682 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 1,247 kes.

“Negeri Sembilan merekodkan 541 kes, Johor (392), Kedah (382), Pahang (300), Melaka (278), Sabah (271), Sarawak (270), Pulau Pinang (243), Perak (207) dan Kelantan 150 kes baharu.

“Labuan mencatatkan 54 kes baharu, Putrajaya (49), Terengganu (38) manakala Perlis hanya satu kes,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Oleh: Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Aqil Azfar / AJ

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button