DuniaPalestinSemasa

Israel lepas tembakan ke ratusan rakyat Palestin

370 orang dilaporkan cedera, 31 terkena peluru hidup

TEBING BARAT : Tentera Israel melepaskan tembakan terhadap ratusan rakyat Palestin ketika mengadakan aktiviti tunjuk perasaan pada Jumaat lalu menyebabkan 370 orang cedera dengan 31 daripada mereka terkena peluru hidup.

Aktiviti tunjuk perasaan itu bagi membantah pembinaan pangkalan haram di Tebing Barat oleh Israel.

Selain itu, Israel turut menggunakan dron bagi menjatuhkan gas pemedih mata menyebabkan kawasan di kota Beita di Tebing Barat berhampiran Nablus dipenuhi asap, lokasi protes tersebut dijalankan.

Menurut laporan media tempatan, kumpulan penunjuk perasaan itu telah membakar tayar dan membaling batu ke arah tentera Israel. Saksi berkata, tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru getah ke arah kumpulan tersebut.

Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan seramai 379 orang daripada kumpulan penujukpenunjuk perasaan itu cedera dengan 31 orang terkena peluru hidup.

Tentera Israel bagaimanapun enggan memberi sebarang komen tentang insiden itu.

Seorang rakyat Palestin membantah penempatan haram oleh Israel di Beita

Kejadian yang sama dilihat berlaki di kota Kafr Qaddum dan BNeit Dajan apabila beberapa rakyat Palestin terpaksa menerima rawatan akibat kesan daripada gas pemedih mata.

Kejadian itu berpunca apabila tentera Israel menyerang kumpulan penunjuk perasaan yang melakukan protes terhadap penempatan haram yang didirikan Israel di kawasan Masafer di Hebron.

Dijangkakan terdapat 650,000 penduduk di kawasan jajahan Tebing Barat terrmasuk di utara Baitulmaqdis yang menetap di 164 kawasan penempatan dan 116 pangkalan.

Berdasarkan undang-undang antarabangsa, semua penempatan Israel di kawasan tersebut dibangunkan secara tidak sah.

Israel menjatuhkan gas pemedih mata ke arah kumpulan penunjuk perasaan Palestin

– Al Jazeera

Diterjemah oleh Azzman Jamal

Related Articles

Back to top button