DuniaPalestinSemasa

Penempatan haram Israel adalah kesalahan jenayah perang – Pakar hak asasi PBB

Komuniti antarabangsa digesa ambil tindakan tegas terhadap Israel

GENEVA : Pembinaan penempatan Israel yang dibangunkan secara tidak sah wajar diklasifikasikan sebagai kesalahan ‘jenayah perang, kata pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketika membentangkan laporan terkini kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, pelapor khas PBB berkaitan situasi penjajahan kawasan Palestin, Michael Lynk, berkata penempatan yang dibina oleh Israel merupakan satu pelanggaran undang-undang.

“Dalam laporan ini, saya menyimpulkan bahawa penempatan Israel adalah adalah sama dengan kesalahan perang jenayah,” katanya.

Beliau berkata penempatan itu merupakan satu pelanggaran larangan apabila kuasa penjajah memindahkan sebahagian populasi orang awam ke kawsan jajahan.

Katanya, ini sekali gus memenuhi definisi jenayah perang di bawah Statut Rom yang mengasaskan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Saya kemukakan hasil laporan ini. Komuniti antarabangsa bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada Israel bahawa penjajahan, pelanggaran undang-undang antarabangsa dan pandangan antarabangsa yang dilakukan mereka boleh dikenakan tindakan.

Bekas ahli Jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin, Hanan Asrawi, menyifatkan laporan itu sebagai satu laporan yang tepat.

“Michael Lynk sememangnya menggesa tindakan daripada komuniti antarabangsa terhadap jenayah Israel,” katanya.

Sementara itu, kebanyakkan negara menyofatkan penempatan Israel sebagai satu pencerobohan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Bagaimanapun, Israel menafikannya dan berkeras tanah itu adalah milik mereka menurut petikan dalam kitab agama mereka. Malah, mereka menyatakan mempunyi hubungan sejarah dengan tanah itu serta memenuhi keperluan keselamatan mereka.

Menerusi misi itu, Lynk pula dituduh menutup mata terhadap kekejaman dilakukan Hamas, iaitu kumpulan Palestin yang menguasai Semenanjung Gaza.

Lynk bagaimanapun berkata, kemusnahan yang dilakukan Israel di terhadap kediaman Bedoiun, sebuah kawasan perkampungna di Tebing Barat pada Rabu lalu menyebabkan penduduk di situ terputus bekalan air dan makanan, dan tindakan itu disifatkan sebagai tidak berhati perut

“Pencerobohan berterusan di tanah Palestin disusuli dengan pelindungan terhadap penempatan haram itu merupakan cara pengusaaan Israel di Tebing Barat,” katanya.

Lynk berkata, terdapat hampi 300 penemptan di Timur Baitulmaqdis dan di Tebing Barat dengan 680,000 penduduk Israel.

Kedutaan Kesatuan Eropah (EU) ke PBB di Geneva, Lotte Knudsen, berkata penempatan itu melanggar undang-undang antarabangsa.

“Tindakan perpindahan secara paksa, pengusiran, pemusnahan, dan merampas kediaman hanya akan meningkatkan ketegangan.

“Penempatan haram itu diibaratkan sebagai ‘enjin’ Israel selepas lakukan penjajahans elama 54 tahun, tempoh paling alama dalam duni moden,” kata Lynk.

Tegasnya, tindakan antarabangsa diperlukan, bukan sekadar kata-kata untuk selesaikan isu ini.

– Al Jazeera

Diterjemah oleh Azzman Jamal

Related Articles

Back to top button