Covid19DuniaSemasa

Vaksin dulu baru boleh pergi umrah

Tingkat kapasiti operasi di Masjidil Haram sepanjang Ramadan tahun ini

RIYADH 6 April : Kerajaan Arab Saudi memaklumkan hanya umat Islam yang sudah divaksin sahaja dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

Kementerian Haji dan Umrah memberitahu perkara itu dalam satu kenyataan bahawa individu yang diberi kebenaran untuk menjalani ibadah umrah dibahagi kepada tiga kategori.

“Tiga kategori itu adalah individu yang telah menerima dua suntikan vaksin Covid-19, yang telah menerima suntikan pertama sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berangkat dan mereka yang telah pulih dari jangkitan,” – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Kelonggaran itu bertujuan untuk menambahkan lagi jumlah umat Islam untuk mengerjakan rukun Islam ke-5 selepas terpaksa dihadkan susulan penularan wabak Covid-19 tahun lepas.

Agensi Akhbar rasmi Saudi (SPA) melaporkan pada bulan Februari bahawa hampir dua juta orang telah menunaikan umrah sejak dibuka semula pada Oktober lalu ketika sekatan dilonggarkan, sementara lima juta lagi jemaah menghadiri Masjidil Haram.

Keputusan itu juga dibuat beberapa minggu setelah Raja Salman menggantikan menteri Haji sebelumnya, Mohamed Benten, dan Issam ben Saeed, di mana jumlah haji terkecil dalam sejarah akibat wabak itu.

Namun, kerajaan Arab Saudi juga setakat ini masih belum membuat keputusan jumlah sebenar jemaah dibenarkan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button