Semasa

180 hilang tempat berteduh

Faktor jalan balak yang licin menyukarkan bomba

MIRI 6 April :  [VIDEO ]Sejumlah 180 orang penduduk daripada  24 keluarga di Rumah Panjang Jeff Anchum di Bukit Limau Tinjar,  Miri, hilang tempat berteduh selepas rumah panjang mereka musnah terbakar, malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran kira-kira jam 7.30 malam itu.

Menurut BeritaHarian, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, berkata sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi yang terletak 117 kilometer dari Miri sejurus menerima panggilan pada jam 8.16 malam.

Katanya, pasukan bomba dari BBP Lopeng sedang dalam perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam untuk sampai ke rumah panjang berkenaan.

Katanya, maklumat awal yang diterima mengesahkan rumah panjang jenis tidak kekal itu musnah terbakar sepenuhnya kerana kawasan terbabit terletak jauh di pedalaman dan tiada balai bomba berdekatan.

“Setakat ini, kesemua penghuni dilaporkan sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Katanya, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran serta kerugian yang dialami penduduk terjejas.

Kesemua penduduk terjejas dikatakan berteduh sementara di kawasan jalan berhampiran sementara menunggu bantuan susulan tiba.

Related Articles

Back to top button