Covid19Semasa

Polemik haram hukum rentas negeri sambut Aidilfitri – selesai!

Hanya kerana tajuk berita

KUALA LUMPUR : Ketika beliau membuat kenyataan haram rentas negeri sambut Aidilfitri, kecaman dari seuluruh sudut diberikan kepada beliau.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah dalam Seminar Cabaran COVID-19 menurut perspektif Islam, pada Jumaat berkata hukumnya haram kerana perkara itu pada asasnya melihat daripada hadis Rasulullah SAW.

Menurut beliau Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, lantas tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

Sehubungan itu adaah haram melanggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari raya, seperti yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun selepas akhbar membuat judul tajuk Haram rentas negeri untuk berhari raya, kecaman diterima beliau oleh netizen tanpa membaca keseluruhan teks.

Kenyataan dalam seminar itu juga disiarkan melalui aplikasi zoom secara maya seiring majlis pelancaran buku Fakulti Pengajian Islam di Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  pada Jumaat.

                  Datuk Dr Luqman Abdullah Archives - M-Update

“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram. Sekarang angka (jangkitan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangkitan ini akan berhenti? Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran),” – Mufti Wilayah Persekutuan / Datuk Dr Luqman Abdullah

Datuk Dr. Lukman berkata beliau turut menegaskan bahawa perbuatan merentas negeri menjadi haram sekiranya ia mendatangkan mudarat kepada orang lain. Malah beliau yang merujuk kes seorang wanita warga asing memalsukan dokumen juga sebagai satu perbuatan haram demi untuk merentas negeri kerana dengan menipu.

Tambahnya, orang ramai boleh merujuk kembali video asal di laman facebook UKM bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul.

“Ia hanya merujuk pada satu soalan diberikan kepada saya dalam ruang lingkup tajuk yang diberikan. Saya hanya menjawab dalam konteks pandangan mufti apabila ada arahan dari Ulul Amri, maka itu pandangan yang saya ingin sampaikan. Orang ramai perlu melihat dengan lebih jelas secara keseluruhan dan tidak memadai hanya melihat tajuk berita saja,” – Mufti Wilayah Persekutuan / Datuk Dr Luqman Abdullah.

Datuk Dr Luqman berkata, perbincangan panjang mengenai hukum boleh dibuat bagaimanapun dalam menangani penularan Covid-19, umat Islam perlu kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima larangan dikenakan pemerintah sekiranya dilakukan bagi tujuan kebaikan.

“Sekiranya untuk kebaikan, sebagai rakyat ia perlu diikuti. Jika tidak risiko (disebabkan jangkitan) adalah tinggi,” katanya.

Sementara itu, BH melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata isu mengenai hukum haram bagi merentas negeri pulang ke kampung meraikan Aidilfitri dianggap selesai jika dilihat daripada keseluruhan konteks.

Zulkifli berkata ia hanya sekadar ucapan dalam webinar dan jika tengok dari konteks keseluruhan memang ada syarat, peraturan dan kaedah.

“Saya sendiri sudah bertanya kepada beliau dan ia tidak ada apa pun sebenarnya,” – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) /Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Datuk Seri Zulkifli berkata demikian selepas perasmian ifftar muzakki bersama anak yatim dan pelancaran aplikasi MyZakat 2021, di Bangi malam tadi.

UMMAHToday mendapati netizen menghamburkan kata-kata kesat kepada Mufti Wilayah itu tanpa segan silu dengan sarat kata cacian.  Keadaan itu dilihat melampau kerana mencaci seorang alim pada perkataan yang tidak sepatutnya lebih lagi di bulan Ramadan.

Untuk pembaca UMMAHToday boleh ikuti penjelasan Sahibussamahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah pada pautan ini.

https://www.facebook.com/raden.kamalnajmi.5/videos/520109216025773

https://www.facebook.com/143078479173121/videos/487761012366231

Oleh Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

Related Articles

Back to top button