KYIV : Seorang wanita yang sedang sarat hamil meninggal dunia akibat mengalami kecederaan teruk dalam serangan terhadap sebuah hospital materniti di bandar Mariupol pada Rabu lalu.
Menurut Timur Marin, mereka terpaksa melakukan pembedahan ke atas wanita tersebut, namun bayi yang dikandungnya didapati sudah tidak bernyawa.
“Ia mengambil masa lebih setengah jam dalam usaha pemulihan kecemasan ke atas kedua-duanya namun akhirnya gagal untuk diselamatkanā, katanya kepada stesen TV Ukraine.
Pasukan perubatan tidak sempat mendapatkan butiran peribadi wanita tersebut kerana suami dan bapanya segera menuntut mayatnya.
Associated Press (AP) sebelum ini mengeluarkan gambar yang menunjukkan kakitangan kecemasan mengusung seorang wanita sarat hamil dan cedera yang turut mengundang rasa sayu serta menjadi tumpuan media di seluruh dunia.
Menerusi laporan beberapa media, selepas Rusia bersetuju untuk melancarkan gencatan senjata yang berlangsung selama 12 jam bagi membenarkan orang awam dipindahkan di bawah koridor kemanusiaan, didadapti sekurang-kuranya tiga termasuk seorang kanak-kanak mau dalam satu serangan ganas.
Untuk rekod, hampir 2,200 nyawa terkorban dalam kempen pengeboman ke atas bandar tenggara Ukraine itu yang kelihatan semakin sengit setelah ia dikepung sejak minggu lalu selain kebanyakan penduduk yang masih terperangkap berdepan krisis kemanusiaan yang dijangka bertambah buruk.
– AGENSI