Covid19KesihatanSemasa

Vaksin Astrazeneca tiada unsur kandungan yang melanggar syariat

KKM luluskan vaksin Astrazeneca

PUTRAJAYA : Syarikat pengeluar Astrazenca menepis dakwaan bahawa vaksin COVID-19 Astrazeneca mempunyai unsur kandungan yang melanggar syariah  Islam dan dihasilkan daripada bahan yang terlarang,

Ini merupakan susulan daripada kenyataan dari Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang melaporkan bahawa di dalam kandungan vaksin ini ‘haram’ digunakan oleh umat Islam kerana proses pembuatannya menggunakan “trypsin dari pankreas babi”.

Menurut, Dr Adham Baba, Syarikat pengeluar Astrazenca menyatakan bahawa produk yang dikeluarkan, AZD 1222 tiada bahan yang terlarang digunakan dalam vaksin tersebut.

“Di dalam kandungan AZD 1222  tiada bahan campuran seperti gelatin berasal daripada sumber haiwan babi, gliserin yang berasal daripada haiwan dan  asid laktosa,” – Menteri Kesihatan/Dr. Adham Baba

Tambah beliau, Syarikat Astrazeneca harus membuktikan produk ini selamat digunakan dan mengesahkan bahawa tidak ada sisa bahan babi dalam produk kajian sebagai syarat pendaftaran.

Berdasarkan pada kenyataan, jurucakap Astrazeneca Indonesia, Rizman Abudaeri, tidak berlaku sebarang campuran bahan ‘haram’ seperti babi atau haiwan lain sepanjang proses pembuatan vaksin Astrazeneca ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengkaji sumber yang sahih di media rasmi dan cakna dengan pengumuman oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi- Hafiy Syazuan

Related Articles

Back to top button