SemasaSukan

Hakim Ziyech sumbang seluruh gajinya kepada keluarga miskin

DOHA : Pemain bola sepak dan bintang Maghribi, Hakim Ziyech tidak mengambil sebarang gaji yang diterimanya ketika bermain untuk pasukan kebangsaan.

Pemain tengah kelab bola sepak Chelsea itu dilaporkan memberikan kesemua gajinya kepada badan amal, kakitangan pasukan dan keluarga miskin.

Ziyech, 29, pertama kali bermain bagi pasukan Maghribi pada 2015 dan sejak itu dia tidak pernah menyimpan satu sen pun daripada gajinya, menurut wartawan Khaled Beydoun.

Tambahnya, bekas pemain kelab Belanda, Ajax itu menghasilkan pendapatan berjumlah £262,000 bersamaan RM1,414,944.98 untuk perjalanan Maghribi ke separuh akhir Piala Dunia dan semua wang itu akan diberikan kepada orang miskin di tanah airnya.

Media turut melaporkan bahawa dia juga telah menderma wang kepada kelab bola sepak yang baru dan hospital di Maghribi.

Prestasi luar biasa Ziyech di Piala Dunia telah memberi inspirasi kepada Atlas Lions dengan beberapa kemenangan mengejut yang dipersembahkannya.

Mereka telah menewaskan pasukan gergasi seperti Belgium, Sepanyol dan Portugal untuk menjadi pasukan benua Afrika pertama yang mara ke empat perlawanan terakhir.

BACA JUGA
Piala Dunia: Morocco tetap juara di hati peminat

Related Articles

Back to top button