Covid19Semasa

Perak larang takbir rumah ke rumah dan ziarah kubur

Demi mengelakkan covid tersebar

IPOH : Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tidak membenarkan sebarang aktiviti menziarahi kubur pada hari raya Aidiladha akan datang.

JAIPk dalam satu kenyataan, mereka memaklumkan laungan takbir raya dari rumah ke rumah juga adalah tidak dibenarkan.

“Laungan takbir sempena Aidiladha ini hanya dibenarkan di masjid atau surau termasuk surau-surau di Kem Tentera dan Polis, bangunan pejabat, institusi, universiti, politeknik maktab sekolah syarikat, dan kilang

“Sehubungan dengan itu, pihak JAIPk memohon orang ramai untuk membuat hebahan dan makluman kepada ahli qariah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan kepada umat Islam di negeri ini mengadakan solat fardu, solat Jumaat, dan solat sunat Aidiladha mengikut keluasan masjid dan surau.

Baginda juga turut membenarkan untuk solat sunat Aidiladha diadakan di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan-kawasan perumahan dengan memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum Hari Raya Aidiladha kepada balai polis atau pondok polis terdekat.

Oleh Pelatih Hafeez Anuar (Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media)

Related Articles

Back to top button