DuniaKerohanianSemasa

Laungan azan usahawan British berkumandang di Tower of London

Menandakan Jumaat terakhir Ramadan 1422H

LONDON : [VIDEO] Sewaktu dunia di dalam ketidaktentuan menghadapi pandemik COVID-19, juga Masjidil Aqsa diancam serangan rejim Israel, satu keadaan luar biasa berlaku di kota London. Subhanallah! Azan bergema di Kota London atau secara spesifiknya di kawasan Tower of London yang dibina pada tahun 1078.

Inisiatif seorang usahawan British menjadikan kalimah yang luar biasa bagi negara bukan memiliki majoriti umat Islam itu dilaungkan. Kazi Shafiqur Rahman, 35 tahun melaungkan azan itu seperti mana muazzin terkenal di  Masjidil Haram, Sheikh Ali Ahmad Mulla sebagai menandakan Jumaat terakhir Ramadan 2021 semalam.

Kazi Shafiqur Rahman, yang melaungkan azan di Tower of London

Arab News melaporkan,  beliau yang merupakan warganegara British berketurunan Bangladesh, melaungkan azan itu bergaya seperti muazzin terkenal di Tanah Suci kerana telah diasah sejak kecil hingga menjadi dorongan untuk berbuat demikian di khalayak ramai di mana-mana jua.

Dengan laungan azan itu maka berakhirlah majlis iftar yang dihoskan oleh Tower Hamlet Homes, Masjid East London dam Pusat Islam London dan Forum Antara Agama Tower Hamlets.

Bagi Kazi peluang dibenarkan untuk melaungkan azan dari atas Tower Bridge merupakan pengalaman yang amat memuaskan.

Bukan pertama kali, pada tahun lalu beliau juga melaungkan azan di pusat kewangan London, Canary Wharf yang terletak di tengah bandar raya London. Jutaan orang menonton video itu.

Menurut morocconews, setelah berbuat demikian di Canary Wharf beliau sedar laungan azan mempunyai satu mesej yang amat mendalam dan hebat untuk semua manusia. Kemudian peristiwa itu tersebar luas melalui paparan di media sosial.

Laungan azan di Canary Wharf pada tahun lalu.

Satu bakti yang telah dibuat untuk agama, katanya azan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesiapa yang mendengarnya, termasuk masyarakat yang bukan Islam. Lantas mereka bertanyakan kepada beliau apakah laungan itu yang syahdu – iaitu azan panggilan untuk menunaikan solat.

Kami ( Kazi dan adiknya) melaungkan Azan bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi berlandaskan satu  niat iaitu demi Allah semata-mata dan bukan tujuan mencari populariti yang boleh membuatkan mereka terpesong daripada tuntuan ajaran sebenar Islam.

Dengari dan hayati kesyahduan Kazi melaungkan azan Maghrib yang dikongsi @ilmfeed portal berita muslim.

Related Articles

Back to top button