RIYADH: Houthi melancarkan serangan ke tempat penyimpanan minyak Saudi Aramco pada hari Jumaat lalu, menyebabkan dua tangki simpanan terbakar , namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kata seorang saksi, kepulan asap hitam yang besar boleh dilihat melalui bandar Laut Merah tempat Grand Prix Arab Saudi yang akan berlangsung hujung minggu ini.
Kenyataan media, kerajaan arab Saudi mengatakan kebakaran dapat dikawal biarpun api masih dapat dilihat dalam rakaman langsung yang disiarkan oleh saluran televisyen Ekhbariya.
Kementerian Tenaga Saudi, berkata kerajaan itu mengutuk sekeras-kerasnya “serangan sabotaj” terhadap kejadian tersebut dan mereka tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan bekalan minyak global akibat daripada serangan sedemikian, lapor agensi berita SPA yang memetik kata seorang pegawai di kementerian itu.
Tambahnya lagi, kementerian itu menyalahkan Iran kerana terus mempersenjatai Houthi dengan peluru berpandu balistik dan dron canggih. Mereka menekan bahawa serangan itu akan memberi kesan keupayaan pengeluaran kerajaan untuk memenuhi kewajipan terhadap pasaran global.
-Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today