Covid19Dunia

Gaza terima Sputnik V selepas Israel akur desakan masyarakat antarabangsa

Israel halang kemasukan vaksin untuk petugas kesihatan

RAMALLAH : Ketika banyak negara di dunia telah mula menjalankan program vaksinasinya kepada rakyat, perkara berbeza berlaku di Palestin.

Kesukaran mendapatkan vaksin dilapor disekat Israel.

Bagaimanapun pada Rabu Semenanjung Gaza mendapat kumpulan pertama vaksin Covid-19.

Pegawai kesihatan di Gaza berkata 2,000 dos vaksin menukupi untuk program vaksinasi seramai seribu orang – dipindahkan ke Gaza oleh Pihak Berkuasa Palestin dari Tebing Gaza.

Palestin menerima vaksin Sputnik V yang ditaja oleh Russia.

Pic:dailysabah.com

Sebelum itu pada Selasa, Palestin menggesa masyarakat antarabangsa segera campur tangan dengan memberi tekanan kepada Israel  supaya membenarkan penghantaran vaksin Covid-19 ke Semenanjung Gaza.

Pada Isnin Israel melarang kemasukan 2,000 dos vaksin ke Semenanjung Gaza yang dikepung secara tidak sah oleh Yahudi.

Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila berkata tindakan Israel itu menyalahi persetujuan kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

Dos berkenaan akan diberikan kepada petugas perubatan yang bertugas di Unit Rawatan Rapi, ICU, untuk pesakit Covid-19 dan mereka yang bertugas di jabatan kecemasan.

Pic: dailysabah.com

dailysabah.com melaporkan desakan itu membuahkan hasil apabila penghantaran dos berkenaan dilakukan melalui lintasan Kerem Shalom yang terletak di antara tenggara Semenanjung Gaza.

Pengarah Penjagaan Kesihatan Gaza, Majdi Dhair berkata penghantaran itu juga dibuat setelah Israel mendapat  tekanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, khususnya.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button