Covid19Semasa

Covid-19 :Kes positif masih tinggi – 293

8 lagi pegawai perubatan dimobilisasi ke Sabah

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan Covid-19 masih tinggi, dengan yang terbaru 293 kes positif dicatat Kementerian Kesihatan, menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 12,381 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan 292 kes penularan tempatan, masing-masing 269 rakyat tempatan dan 23 bukan warganegara, manakala satu kes lagi adalah kes import.

Katanya, seramai 28 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, selain tiada kematian dicatatkan, pada Ahad.

Sabtu lalu menunjukkan jumlah kes positif harian COVID-19 merekodkan 317 kes, satu angka tertinggi sejak virus itu menular dalam negara.

Sementara itu, seramai lapan orang lagi Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah dimobilisasi ke negeri Sabah semalam.
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham,mereka merupakan Pegawai Perubatan daripada beberapa buah hospital JKN Kelantan.
Enam orang akan ditugaskan ke Hospital Semporna seperti pecahan berikut,
– Hospital Raja Perempuan Zainab II (3 orang)
– Hospital Tengku Anis (1 orang)
– Hospital Gua Musang (1 orang)
– Hospital Machang (1 orang)
Manakala dua orang lagi ke Hospital Tawau
– Hospital Sultan Ismail Petra (1 orang)
– Hospital Tengku Anis (1 orang)
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.
Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira dan wirawati negara ini!
-sumber:FB Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button