Guru KAFA belum vaksin dilarang bersemuka dengan murid
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
TAIPING : Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang masih belum divaksin berkemungkinan dilarang untuk mengajar secara bersemuka atas faktor keselamatan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dijangka bakal mengguna kaedah Kementerian Pendidikan itu menjelang sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.
Ujar beliau, bahaguan Pendidikan JAKIM akan terus meneliti dan membincangkan pendekatan bagi menasihati guru terbabit untuk mebdapatkan suntikan vaksin dengan segera sebelum sesi persekolahan dibuka.
“Apa yang takut sangat soal vaksin? Setakat ini, ramai meninggal dunia sebab COVID-19 daripada meninggal dunia kena vaksin.
“Guru adalah orang paling dekat dengan anak murid, jadi bagi pendapat saya sepatutnya guru ini kena ambil vaksin.
“Bagaimanapun, perkara ini akan dibincangkan secara menyeluruh di bahagian pendidikan nanti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Musa’adah Banjir Mukim Bukit Gantang di Dewan Orang Ramai Matang, di sini.
Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata mana-maan guru yang masih belum vaksin atau enggan menerima vaksin tidak dibenarkan menyertai sesi pengajaran di dalam kelas atau berinteraksi bersama murid secara bersemuka.
Oleh Nurshazlin Shahrom