DuniaSemasa

Lebih banyak negara asing mula buka kedutaan di Afghanistan – Amir Khan

Tanda Taliban semakin mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa

KABUL : Pentadbiran baharu yang diterajui Taliban kini mula mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa susulan lebih banyak negara luar bakal membuka kedutaan di Afghanistan.

 

Menteri Luarnya, Amir Khan Mutaqqi, berkata, antara negara yang akan membuka kedutaan mereka di Afghanistan termasuk Turki, Itali dan Jerman yang juga negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)

 

“Kebanyakan negara misalnya Pakistan, Turkmenistan, Kazakhstan dan Iran sudah mula membuka kedutaan mereka di negara ini. Malah Jerman turut akan membuka kedutaannya pada minggu in,” menurutnya.

 

Amir Khan berkata pihaknya turut mengalu-alukan Malaysia untuk menimbang bagi membuka kedutaannya di Afghanistan.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India turut ditauliahkan ke Afghanistan buat masa ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya memutuskan untuk mengekalkan Dr Moheb Rahman Spinghar sebagai Duta Afghanistan ke Malaysia.

Ogos lalu,  Taliban telah mengambil alih pentadbiran Afghanistan setelah menumbangkan kerajaan Mohammad Ashraf Gani, susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara itu selepas 20 tahun mendudukinya.

 

– AGENSI

 

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button