Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
JENIN: Dua lelaki Palestin ditembak, empat cedera, termasuk seorang kanak-kanak, dalam serangan tentera israel ke atas kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat pada petang Khamis, menurut pelbagai sumber.
Kementerian Kesihatan mengenal pasti salah seorang yang maut adalah Farouq Jamil Salameh, 28, yang ditembak di perut, dada serta kepala dan meninggal dunia sejurus tiba di hospital Jenin.
Mother of Farouq Salameh upon receiving the martyrdom of her son who was killed by the lsraeli occupation forces earlier today in Jenin camp, two days before his wedding. pic.twitter.com/k0597U0AcO
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) November 3, 2022
Seorang lain yang maut dikenali sebagai Mohammad Samer Khlouf, 14, dari bandar Burqin, yang meninggal dunia akibat kecederaan tembakan tentera semasa serangan itu.
"The family of the Palestinian man Samer Khlouf, shot dead by Israeli occupation forces in Jenin, bid him a sad farewell." pic.twitter.com/BllsHMhypK
— Chris Hutchinson (@ChrisHu34451470) November 3, 2022
Pasukan tentera yang besar menyerbu kem itu pada sebelah petang dan mengepung sebuah rumah di mana Salameh berada. Pertukaran tembakan dilaporkan di mana Salameh dan Samer maut serta empat lagi cedera ringan, termasuk seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, menurut Kementerian Kesihatan.
Awal Khamis, dua rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera pendudukan israel di Baitul Maqdis Timur yang diduduki berikutan serangan tikaman di bandar lama itu dan semasa konfrontasi di bandar Biddo, barat Ramallah.
Dengan empat terbunuh, seramai 141 rakyat Palestin telah ditembak mati oleh tentera israel di Tebing Barat sejak awal tahun ini.Â
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini